Wednesday 16 August 2017

Cendol Durian Shah Alam

Dulu-dulu ingat lagi pernah merasa cendol ais di sagat guna papan. Korang pernah makan tak style tu? Kalau pernah yeay kita geng kalau tak kau pergi sana cari. Kalau dekat area rumah aku dekat Setapak ada gerai cendol ataupun dekat Sri Rampai business park ada Wahab Cendol. Sekarang dekat Shah Alam dah ada cendol jugak. Semua jenis bahan boleh tambah ikut suka hati plus lagi sedap dengan lemak santan dia perghh.... Yang menyebabkan medan selera ni viral adalah dengan adanya kemunculan Durian di atas semangkuk cendol. Perghh kemain.

Aku first time datang medan selera ni. Untuk pengetahuan korang medan selera ni terletak di Seksyen 24 Shah Alam. Akak-akak, abang-abang boleh waze eh. Saat aku melangkah tu wow ada satu barisan yang panjang tapi aku tak tahu kedai apa. Usha punya usha ohh kedai cendol. Memang pergi situ nak makan cendol pon. Aku pun beratur la panjang kemain. Makanan lain ada je. Antaranya adalah tauhu goreng, rojak, makanan panas, uncle bob dan lain-lain. Tapi yang paling femes ...kedai cendol tu lah. Dalam 15 minit jugakla aku beratur.



panjang kemain *Dek lek ah jangan usha akak macam tu


cendol pulut pink terbaikkk!! Memang sedap! Pulut dia perghh  memang superb plus jagung extra. Aku nampak dia letak satu sudu. Memang sangat pemurah. Harga semangkuk RM 5

Rate : 5/5 



Ni ha yang viral tu Cendol durian. Rasa dia sudah pasti rasa durian. Bagi penggemar durian macam aku..Mesti kena cuba... rasa dia not bad memang sedap ada durian tapi hilang rasa cendol.  Bagi aku beshe-beshe je plus harga pon boleh tahan sebab ikut gred. Yang ni kau tak tahu gred berapa tapi semangkuk RM 20 +

Rate : 4/5


Yang ni macam pasembur tapi bukan. Boleh pilih fishball, macam0macam lagilah pastu dia salut tepung. Tak sedap sangat.. beshe-beshe je.




Makan dengan kuah kacang. Agak aneh tapi boleh la. Harga aku tak ingat berapa.

Rate 3/5 

Itu je makanan yang aku try. Kalau korang nak cuba yang lain boleh pergi sendiri eh. Yang penting cendol mesti kena cuba okay!






Monday 7 August 2017

I'm an Uni student - part 2

Whatdupp. Siapa tak baca part 1 lagi sila tekan 👉👉👉 SINI

Free time selalunya petang aku akan jogging dengan housemates ataupun workout dekat sport centre. Hirup la sikit udara dekat Beting,Kuala Pilah ni sambil-sambil cuti mata. Eh?? #bersangkabaik
Weekend pula samalah jogging ataupun daki bukit. Kita orang sini ada bukit tau. Boleh nampak dari bilik. Tapi dengar cerita ada something ah dekat situ but buat don't know la je en. Kalau pikir dia kacau.. Jadi kita just naik pastu turun dengan hati gembira. Bestt boleh nampak sekitar kolej and kampung-kampung.

Meh aku payung gambar 👇👇

























Friday 4 August 2017

I'm an Uni student - part 1


Finally.....interim done. Yass aku akan cuti selama 1 bulan sebelum masuk sem 1. Sedih dan gembira bukan? Hanya di UiTM sahaja. Quite nervous bila dipikirkan bulan 9 nanti but sebelum tu just enjoy-enjoy la cuti ni .. ye idokk 
.
.
Payung sikit  


I'm officially an university student. Rasa macam mimpi je. Tapi itulah kenyataannya. Matlamat aku mungkin kurang jelas tapi perjalanan hidup dah bermula fasa baru. Not as school anymore. That's the best thing. Kita sendiri lah kena explore kat tempat orang....dapat kawan baru..belajar benda baru semuanya baru ah bagi aku. At first masuk tak da la terkejut beruk an so on. Disebabkan my sister budak UiTM jugak, aku tahulah jugak sikit dengar dia cerita dan senang nak tanya kalau tak paham gitu. 

Pernah dengar tak orang cakap budak diploma ni hidup dia senang lenang and belajar tak stress. Mak cik dia tak strees. Walaupun kita orang baru interim, tak masuk sem 1 lagi..kehidupan sangatlah stress. Memang la just belajar ELC121,CTU101 and ued..tapi kerja dia masyaallah. Paling stress ctu. Dengan assignment buat dekat pi (pusat islam) sampai 1 pagi pastu pb halau. well first time buat...memang kelam kabut. Lagi apa edit video untuk assignment ued. Itu stress tahap 5 kau tahu. Dengan HBU lagi nasib lah aku ni ambik PBSM, tak ada la nak rush sangat habis kelas pukul 4 nak belari pergi padang kawad pukul 5. Penat gila.

Memang penat la kalau difikirkan balik tapi overall memang best. Classmates aku memang debomm plus lectures best. Sir Shashi,Ustz.Hidayah,Ustz.Rafidah dan Madam Zaubidah. One more thing our bk sejuk gila. Tak payah nak pergi Cameron nak fefeling sejuk. Duduk bk je sejuk tahap gaban. Lagi satu life kita orang just pack dengan benda macam tu la. Setiap hari kelas 2 jam or 4 jam je . Tak ada la penat sangat. Untuk interim sahaja! Bulan 9 ni no more *sad The real start la ..ohmy

Tak dilupakan my housemate and roomate. Iera(roomie), Iffah, Intan, Amira, Ainun. Sekarang tinggal 4 je sebab Mira dengan Ainun keluar. Sorang ipg sorang lagi f6. So sad. Walaupon semua datang dari negeri lain-lain kita orang memang kamcing ah. Favoutite spot yg selalu lepak always my room andddd Iffah's room. Why? Sebab bilik dia wifi laju gila and dekat nak pergi sebab bilik dia depan aku je. Dekat ruang tamu dapat line tapi macam tak best lepak. Lepak katil orang best gitu...

Bersambung....

Friday 7 July 2017

RAYA !!!

-SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI-




FROM THE LEE'S



p/s: baru ada kesempatan nak ucap selamat hari raya to my blog 😆

UiTM Kuala Pilah

Assalamualaikum korang semua ..

Dah bersarang blog aku ni sebab dah lama tak mengupdate . Lately ni busy la jugak sebab aku dah menjadi pelajar universiti . Alhamdulillah aku dapat melanjutkan pengajian di UiTM Kuala Pilah . Aku dapat diploma teknologi tekstil which is memang dekat Kuala Pilah sahaja . Jadi aku akan menghabiskan masa selama 3 tahun di Kuala Pilah . Iuolls jadi orang nogori lah .

First week memang best . MDS memang ohsem gila . PM2 sangatlah sporting even though kena selalu PANTAS .. Ayat yang selalu diorang cakap " SISWIII PANTAS" . Bangun 4-5 pagi hmm wokay la ... dah habis mds kita orang cuti seminggu . Seminggu lepas tu bermulalah INTERIM .

Senior-senior UITM mungkin tak tahu apa benda interim tu sebab kita orang first batch for this INTERIM  .. Meh batch 99 memang selalu jadi bahan uji kaji . Kami pasrah . So , basically interim ni 7 weeks sahaja . Kita orang just belajar ELC , CTU ,UED dan koko HBU . Ya itu sahaja .. Ni kira course untuk sem1 . Jadinya bila masuk sem1 kita orang tak yah belajar dah course interim .. Gituuu






Monday 26 June 2017

KL Forest Eco Park

Assalamualaikum guys .. Long time no see .

Last month , me and my friends beriadah di KL Forest Eco Park . Nama melayu Taman Eko Rimba,KL yer . Actually aku teringin sangat nak pergi dengan my Kard's friends .. Tapi end up pergi dengan Jujurian Girls .

Cara nak pergi from my house . My mom sent me to train lrt Damai . There I met Nurin and Syamimi .. We together naik tren Damai . Kitaorang keluar rumah around 9 and terpaksa tunggu tren lebih kurang 5-6 kali jugak sebab penuh . Lepas tu tutun stesen Masjid Jamek dan jalan kaki sampai stesen bas dekat dengan Jakel Mall . Tunggu situ sebab Ain dan Una naik bas . Awalnya nak tunggu diaorang situ ... hmm Tapi disebabkan diaorang janji Melayu omg memang lama gila .. Aku,Mimi dan Nurin naik grab .You know what 5 minit je sampai dekat Kl Forest Eco Park . Mula - mula nak turun dekat Menara KL .. Tapi terjumpa tepi jalan pulak ..Terus turun situ . Akhirnya sampaiiii... Kitaorang naik dulu tanpa menunggu yang janji melayu tadi . Jom layan gambar kitaorang dulu !



Pintu masuk .




Tempat wajib ambil gambar . I looked fat there.




The main attraction here !!! the Canopy Walk 


Actually memang penat gila naik tangga but yeah tetiba ada energy nak lompat . Smile !


Buat pe tuu






my New Balance shoes


kenapa duduk macam tu ?













Friday 12 May 2017

Review : B.Bap Avenue K

Assalamualaikum semua .. Malam ni nak review kedai korea yang aku makan dengan geng jujurians last months . So basically kedai B.Bap ni dekat Avenue K . Tingkat 2 aku rasa . Naik je eskelator korang boleh nampak signboard B.Bap yang besar cam gajah . 

First time makan situ .. Disebabkan orang nak belanja den ikut je la . Shoutout to Qis guyss..Thanks Qis . Kitaorang pesan banyak gila makanan yang berlainan . Jadi boleh merasa juga la yang lain . Aku order sundubu jigae with rice ..pastu mineral water as usually . Aku prefer plain water atau green tea je kalau makan korean food . 




yang takde cuma Nurin and Wani



Review untuk makanan ... based on my personal thought makanan kat Bbap ni tak berapa  sedap . But ada la jugak yang sedap seperti Bimbimbap . Itu je yang aku rasa sedap .. Hahaha ang penting tempat dia sangat selesa dan cantik . 


Tuesday 4 April 2017

Day 3 & Day 4 - Sharing

Hahahaha

I can't make it for yesterday and today entry as well in time ... What a shame . Never mind . 
For tonight , I just want to share some tips on how to be positive .

First , surround yourself with positive people .

Why ? It's because this people will lead you to get a better life and at the same time you will be like them . For the examples : You want to be a good muslim so..you have to get closer with people yang kuat agama ..right ? Same also if you want to cover your aurah properly ..be friends with someone who cover their aurat very well and insyaallah if your niat bagus .. You can be like them . 

Second , keep smiling 😃 

Smiling is a good weapon actually . When you keep smiling , automatically your life will be better from before and brigtens up your day . But don't smiling everytime outside . Always remember ..keep smiling and don't forget Hidup Kena Chill from cupcakeAisyah

Third , block all the negativity .

Same as the first tips , block all the negativity and keep moving ... ignore what people say something shit about you . Well said move on jelah . Don't mind these people tau . 

That's all from me . I just sharing this to keep my mind also and for the good sake later . Well , keep reminding people with good knowledge and insyaallah it will help you later. Bye .

Sunday 2 April 2017

Day 2 - Ost Korea jjangg!!!

Kalau dah minat K-pop tak sah la kan kalau tak layan K-drama . Aku suka tengok cerita korea ni sebab jaan cerita best and aku jenis tengok pelakon jugak . Yang hensem and aku minat memang layan habis . Btw , special cerita korea ni mesti setiap cerita ada ost sendiri . Itu yang best sebab lagu-lagu memang berkait dengan cerita . Memang ngam la .Tengah layan habis cerita pastu keluar lagu best pulak en..lagilah menghayatinya .... Okayla meh aku nak share sikit fav ost aku ...Tak banyak pon ...Yang pasti setiap hari dengar memang tak jemu ..Aku share ni berdasarkan  cerita yang lama and tak terlalu lama .. Jangan risau baca kat bawah nanti search kat Youtube eh .


Top 10 ost 

GOBLIN 

1) Beautiful - Crush
2) Stay with me - Chanyeol , Punch
3) I will go to you like first snow - Ailee

SCARLET HEART 

1) Say yes - Punch , Loco
2) All with you - Taeyeon 
3) Can you hear my heart - Epik High feat Lee Hi 
4) Will be back - Im Sun Hae

DESCENDENT OF THE SUN 

1) Everything - Gummy 
2) Everytime - Chen , Punch

SCHOOL 2015 

1) Reset - JK


That's all .. Ada banyak lagi sebenarnya tapi yang ni paling best and aku selalu ulang dengar . Kalau korang ada fav yang lain list kat bawah . Share la sikit kot-kot aku terminat jugak ke .. Okay 


Saturday 1 April 2017

Day 1 - Throwback India

Malam-malam ni nak throwback boleh tak ?? Bagi can la aku nak mengimbau kenangan aku sememeh dulu-dulu . Let's get start it !!

 Aku pergi India pada tahun 2012 dan waktu tu baru form 1. Mama, kakak dan cousin aku je pergi .. Abah tak ikut hukhukhuk . Trip pergi India ni memang fully sponsored by Pak Lang and Mak Lang aku . Btw dorang memang duduk sana .. So yeahh .. Kitaorang gisana hampir seminggu kot ntah aku lupa sebenarnya .. Tapi lama jugak la .

Aku pernah naik flight sebelum ni tapi skejap jela ..Yela duk ulang alik gi Kedah je . Kali ni naik Air Asia X . Pergh sumpah best gila . KL to NEW DELHI dalam 5 jam gak lah . Ye kebas buntot tahu . Hahaha . Aku tak boleh gambarkan betapa bestnya time . Ya Allah .

Our trip memang best sebab pergi merata . Aku ada banyak gambar .tapi hmm aku tak tahu aku simpan mana . Sedih gila . Ni pon ada sikit ambil kat fb . Antara tempat yang aku pergi and aku suggested untuk korang :

1) Taj Mahal - ofcourse la kena pergi sejarah tau . Kalau korang tak pergi ibarat kau tak gi India pon .
2) India gate - wajib pergi... ni kat New Delhi tau ..best lawa
3) Jaipur - jauh gila tapi best sepanjang perjalanan
4) Agra
5) Mall - sini kau boleh tengok Indians yang macam hindustan dalam tv . Hensem n lawa seyess...and ofc kaya .
6) Shirajani kot *xpasti nama ..cam tak betul je hahah tara
- tempat ni banyak jual saree, perkakas rumah , souvenirs sume.

Banyak lagi sebenarnya . Itulah aku lupa -__-



Ni kat Delhi airport  . Tengah tu paklang aku .Ye muka aku sememeh .





Ni lah India Gate .. ye style aku memang sememeh time ni . Form 1 kot mane tahu dresing dulu .. tak macam sekarang. Weather time ni hujung-hujung winter . Rasa la jugak sejuknya . Btw kat sini memang ramai photograper ..Kitaorang ambik gak .. Aku xnk letak sebab aku tutup mata . 
Lawa-lawa dah tapi ..tulah . Gambar ni Pakcik Durga ambik.. merangkap driver paklang aku . So yeah dia ambikkan naiss la jugak . Aku rapat la jugak sebab setiap hari jumpa ..gimana-mana dia bawak .

*cawan tu bukan kitaorang campak



Ha ni dekat sikit . Tengok guard tu nak warning kitaorang . Cepat lariii . Jeles tau orang nak ambik gambar je pon . Lek ah pakcik




Tempat ni pulak macam parlimen lah kalau kat Malaysia . Aku lupa nama tempat ni . Tapi srs ah memang sangat bersih .. jalan pon lain tau . Yela kan jalanjalan menteri la katekan .


Guess what ! Ni dekat Taj Mahal . Omg srs lawa n amazing . Nak nangis pulak aku . Memang ramai tourist waktu ni . Yela Taj Mahal ni one of the seven wonders tau . Sepanjang jalan kat Taj Mahal ,ada tour guide tau srs hensem ..heehe dia yang cerita sejarah pasal Shah Jahan n Mumtaz semua tuh . Srs kitaorang kagum .



Abang dan adek beraksi . btw paklang ni abang mama aku


Ni pulak masjid rasanya kalau tak silap aku . bersebelahan dengan Taj mahal . Dalam satu kawasan la kiranya .



Ni kat masjid .. aku lupa nama .. ayunya aku 


Time ni lawat sekolah kak Dida kat American Embassy School .. siess best nak nangis . Macam best belajar kat situ . Dapat la jugak mejelajah kat dalam . Time ni cam dah sebati weather kat Delhi .hihihi tu dah tak pakai cardigan





Ni kira cam kantin sekolah lah . Tapi yang upgrade sikit . Decorations sume nais-nais . Lawa !!! Kat sini yang aku ingat kitaorang makan makaroni cheese kot . Halal ye . Mak lang aku bagi souvenirs from embassy school ni . Dapat keychain and beg duit .

Wokay tu je gambar yang sempat aku geledah , Hahaha Sedih kan ye tahu . Sepanjang trip ke India memang best sangat ..tapi tula cuma cam bile recap balik asalla aku pergi time sememh ni and memang fashion aku terokss.. ahahha xpi seyes cakap time tu aku pergi tak tahu apa-apa ..nak pakai apa la semua . Baju pakai yang sama and cardigan tukar ngan my sistur . Gaya aku memang out la time tuh . Itulah aku macam nak pergi lagi India ni .. Serious best . Jangan ingat India tak best tau . Korang boleh belajar culture orang .. pastu kan selalu orang cakap India ni kotor la n what so ever . Yaa its true xpi nk buat macam mana dorang negara banyak populasi and miskin . Normal latu ..kate nak melancong kan .. Pastu nampak orang kencing tepi jalan ...duk hon sana sini ...kena kejar ngan pengemis ha kau .. .. Takkan nak gi mall memanjang kan idokk.. Dari sini la kita boleh belajar bersyukur . Bersyukur Malaysia tak macam tu . Tapi yeah ada je tempat yang lawa dan bersih . Gi mumbai sana ..Haaa mahu terbeliak biji mata nampak iras-iras Kajol . Last but not least , memang best gi India . Jom sapa nak gi ngan aku !!! Murah je gi India ..

Salam Rejab !

Assalamualaikum..

Dah masuk bulan Rejab semestinya ramai yang kalut ganti puasa tahun lepas . Ganti puasa sekali harung jangan tunggu lama-lama yer .. Sebab nanti masuk bulan Syaaban sebok dengan preparation nak puasa . Tak sabarnya nak puasa . But first thing first settle kan dulu mana yang xsiap lagi . Okay la just nak share special bulan 4 ni aku akan buat #30daybloggingchallenge ..which is setiap hari aku akan menaip ....Yass nantikan tau .

Wednesday 1 March 2017

Resipi Popia Sayur

Haloo... Harini nak share resipi popia sayur . Akak aku la ni dia nak makan suruh aku buat tapi tak nak tolong . Kuasam betul . Sebagai adik yang baik ku turutkan ajelah permintaannya . So , basically nak buat popia sayur ni simple je dan tak merumitkan la jugak . Part kau nak grate bahan tu semua je lah . Okay done bebel . Jom MULAAA !!!

Resipi Popia Sayur 


Bahan - bahan 




Carrot - 2 batang 




Sengkuang - agak besar la jugak dua kali penumbuk 




Kulit popiah 


Cara - cara : 


1) Basuh dan cuci carrot dan sengkuang bagi bersih . Pastu buang kulit .

2) Start grate guna grater . Halus - halus . Jadi macam ni 



3) Dah siap grate semua ... basuh guna air bersih . Lepastu perah air bagi keluar . Perah betul - betul dan sekuat hati .

4) Start gulung ... gambar aku lupa snap tapi halah senang je .. Korang just letak inti kat tengah kulit popiah . Kulit popiah tu letak macam bentuk diamond . Pastu lipat - lipat ..letak air sikit kat hujung bagi lekat . 

5) Dah SIAP !!! see senang je 

6) Nak makan goreng je .. ada lebih boleh simpan dalam fridge 


tips : Sebab apa kena perah betul - betul time basuh tadi sebab let say korang simpan popia dalam fridge and sebelum tu tak perah betul - betul air kat dalam inti tu akan berair .. nanti bila nak makan mula lah terkeluar inti or terbuak semua . 

Btw cicah popia dengan sos THAI .. SEDAPP tak caya cer buat tengok.

Hello March !!!!

Wassup Wassup tik tok tik tok pejam celik dah masuk bulan 3 harini . Pantas masa berlalu dan hari debaran semakin hampir . 😱😱😱 Entah la tak tahu rasa apa sekarang ni .




Senyum la sekarang ni ... Ye aku tengah merapu ni 

Saturday 25 February 2017

Kim Fad bagi hadiah ???

Hari tu aku ada join giveaway from Kim Fad . Korang kenal tak Kim Fad ni . Selalunya orang panggil Kak Fad la . Dulu-dulu aku tak ingat tahun bila kecoh satu Malaysia pasal gadis melayu kawin dengan mat Korea . Google je mesti keluar punya . Kira femes la diorang time tu and still sampai sekarang . Okay back to the story ... satu hari yang tak berapa nak best aku layan live instagram Kak Fad . Boleh follow sini @snfad_diela . Dah aku layan tu sampai habis la jugak sebab dia banyak share tips kecantikan dan product-product Korea . Best sebab aku memang suka kalau bab-bab macam ni . Jadi lastt sekali nak habis dah dia cakap nak buat giveaway . Syarat dia simple je ..khas untuk orang yang tengok live time tu sebab soalan dia suruh kita sertakan night skincare routine yang dia pakai . Ha tu je . Pastu hadiah dapat mask camtu lah n barang-barang lain .

Dannn aku pun join lepas dia update kat instagram . Ada banyak la soalan . Kiranya main no 1 tu kena jawab . Pastu kalau tak tahu boleh jawab soalan lain gitu . Aku pulak list kan jawapan semua soalan yang dia bagi . Hahahahaha . Apa aku kesah kan even thought jawapan dalam English tunggang terbalik . Ramai la jugak yang participate . Aku cam tak berharap menang pon senanya . *awal-awal dah pasrah .

The next morning , aku bukak phone tengok ada orang tag kat instagram. Aku dah macam sapa duhh . Pastuuu tengok-tengok Kak Fad tag ... omgggg aku one of the winners untuk giveaway tuh . Dua orang je dapat . Serious aku cakap memang tak percaya gila .. Korang boleh la stalk ig Kak Fad ada dia post . Pastu dia dm aku!!!!! omgg lagi ... dia nak details ..aku pon bagi . Yang bestnya dalam beberapa minit lepastu terus dia hantar tracking number . 

Esok lusa tu aku dapat barang . Punya la excited tengok barang dah sampai ... Tadaaa tengok ni aku dapat apa .





💂


See barang yang dia bagi .... Banyak gila kan . Aku memang excited gila sebab semua barang korea dan ORIII ! walaupun semua tu trial set tapi okay la kan ..aku boley try and sapa tahu boleh beli untuk pakai terus . Yang penting semua product tu brand yang memang femes .. Likes Nature Republic , Missha , The Face , Tony Moly , Etude House  ...macam-macam la lagi . Pastu dapat socks yang cute , set sudu dan chopstick dannn lipstick fron Banila.Co tauuuu ... Banila.co ni aku selalu usha kat Hermo ..semua cantik-cantik pastu jeling je kat Mid Valley hari tu ... Hahahah rezeki aku la kot dapat ni .

Alhamdulillah ...Okay la itu je nak share .. btw banyak la jugak aku try dan serious beb memang besttt .. Skincare from Korea memang tiptop .. Byee

Thursday 2 February 2017

Lesen 2016 - Part 1

Hari ni aku nak share macam mana nak ambil lesen . Entry ni khas untuk budak lepasan spm macam aku ni ha . Yang Makcik Pokcik yang ada lesen takyah baca pun takpe tapi kot-kot ada anak yang masih sekolah nak ambil lesen boley la stay page nih 😊😊 Tiada paksaan . Btw aku ambil lesen motor dan kereta . Okay kita mula 

Step 1 : Pilih institut memandu dengan betul dan yakin .

Kenapa aku cakap macam tu sebab my first choice adalah imkl but then tukar ke imkeda yang terletak di Ulu Klang , Kuala Lumpur . Imkeda more relax n tak busy sangat daripada imkl . Ini pendapat peribadi aku sendiri sebab waktu aku n my parents usha-usha imkl timetu sesak gila . Tak tahu la hari-hari camtu atau hari tu je . Tapi memang pandangan mata aku sakit tengok orang 😅😅  . 
Step 2 : Nak senang ambil ejen . 

Aku ambil ejen sebab nak menyenangkan kerja mak ayah aku yang nanti nak hantar ambil semua . Tu satu hal yang pentingnya senang nak uruskan hal-hal yang lain tapi ingat ye dah tambah khidmat ejen .. yuran pun naik la sikit . Contohnya , urusan pendaftaran , nak book kelas , hantar balik dan sebagainya . Ejen ni akan jaga korang sampai lulus jpj okay . Ejen korang boleh tanya kat kaunter . Aku punya ejen berpurdah .. so aku sangat teruja gi kelas sebab rasa selamat dan selesa dengan kak Ina *my ejen 

Step 3 : Yuran 

Total lesen motor dan kereta adalah RM 1800 . Tapi disebabkan aku ambil ejen total jadi RM 1900 . Ejen just ambil RM 100 je . Agak pricey jugak kan . Huhuhuh . Kalau nak ambil asing pon.. harga still sama jugak kalau ditambahkan kan . Yuran boleh bayar separuh-separuh . Bayar dekat ejen . First payment aku bayar RM 600 waktu first kelas KPP01

Step 4 : Pendaftaran 

Kat kaunter just cop jari dan dapat buku memandu . Before that ejen akan mintak salinan fotostat ic 3 keping . Bawak la time tu just bagi kat dia . Buku ni kena bawak setiap kali kelas .






Step 5 : Kelas KPP 01 

Kelas ni korang kena bertahan selama 6 jam . Motor dan kereta lain-lain . Total jadi 12 jam . Mahu kematu bontot 😑😑 . Tapi relaks takdelah seharian . 2 hari jugakla . Dalam KPP01 ni korang akan belajar tentang undang-undang dalam pelbagai situasi di jalan raya dan kepentingan tanda isyarat lalu lintas daripada penceramah . Papan tanda semua tu ada la . Ada 2 sesi . Pagi dan petang . Jadi rehat dalam pukul 12-1 lebih camtu . Boleh solat di surau yang disediakan . Dalam kawasan imkeda jugak . Cuma makan korang kena keluar lintas jalan . Bersusun gerai kat situ . 

Step 6 : Ujian Komputer 

Dah selesai KPP01 korang kena ambil ujian komputer . Ha time nilah ramai yang akan gagal . Bak kata penceramah . Dia cakap bukan aku cakap . Yang gagal tu senang je teori aku.. aku anggap dorang tak study , tak buat latihan dan khatam satu buku . Aku tak paham kenapa nak kena khatam satu buku sebab kau baru masuk kelas KPP01 .. bukan KPP02 dan seterusnya lagi . Aduhai . Meh aku bagi tips sikit . Untuk ujian komputer korang just baca

 1) baca KPP01 sahaja ada tulis kat tepi  *warna pink 
2) buat latihan dalam buku * beli dekat kaunter RM10


3) buat latihan dekat sini

👇👇👇👇👇👇👇👇👇

Sangat membantu . Soalan just ulang-ulang je . Yang penting kena study.. just acah-acah terer sangat n over confident . Before pergi test komputer korang kena book 3 hari sebelum melalui kt kaunter atau kat ejen . Dah study boleh ambil test dekat MYEG kat Danau Kota .Time ni jugak aku bayar lagi RM 500 dan gambar lesen kena bagi kat ejen . Alhamdulillah aku lulus .. 64/70 ..markah lulus 59/70 .

Step 7 : Proses pengeluaran lesen L 

Aku tak berapa pasti lesen L keluar berapa lama . Sebab aku punya pon tak dapat lagi 😂😂

Step 8 : KPP02 - kereta 

wokayy..KPP02 pulak .. first akan belajar RPK dan RSM which is Rutin Pemeriksaan Kenderaan dan Rutin Sebelum Memandu . Boleh belek buku ye . Banyak sangat yang perlu tahu 😅
Dekat KPP02 nilah korang dah boleh bawa kereta dan motor tapi dilitar je la . Aku belum lagi . Baru habis RPK dan RSM .

Jadi sampailah sini je lah . Tunggu next entry ~~