Thursday, 2 February 2017

Lesen 2016 - Part 1

Hari ni aku nak share macam mana nak ambil lesen . Entry ni khas untuk budak lepasan spm macam aku ni ha . Yang Makcik Pokcik yang ada lesen takyah baca pun takpe tapi kot-kot ada anak yang masih sekolah nak ambil lesen boley la stay page nih 😊😊 Tiada paksaan . Btw aku ambil lesen motor dan kereta . Okay kita mula 

Step 1 : Pilih institut memandu dengan betul dan yakin .

Kenapa aku cakap macam tu sebab my first choice adalah imkl but then tukar ke imkeda yang terletak di Ulu Klang , Kuala Lumpur . Imkeda more relax n tak busy sangat daripada imkl . Ini pendapat peribadi aku sendiri sebab waktu aku n my parents usha-usha imkl timetu sesak gila . Tak tahu la hari-hari camtu atau hari tu je . Tapi memang pandangan mata aku sakit tengok orang 😅😅  . 
Step 2 : Nak senang ambil ejen . 

Aku ambil ejen sebab nak menyenangkan kerja mak ayah aku yang nanti nak hantar ambil semua . Tu satu hal yang pentingnya senang nak uruskan hal-hal yang lain tapi ingat ye dah tambah khidmat ejen .. yuran pun naik la sikit . Contohnya , urusan pendaftaran , nak book kelas , hantar balik dan sebagainya . Ejen ni akan jaga korang sampai lulus jpj okay . Ejen korang boleh tanya kat kaunter . Aku punya ejen berpurdah .. so aku sangat teruja gi kelas sebab rasa selamat dan selesa dengan kak Ina *my ejen 

Step 3 : Yuran 

Total lesen motor dan kereta adalah RM 1800 . Tapi disebabkan aku ambil ejen total jadi RM 1900 . Ejen just ambil RM 100 je . Agak pricey jugak kan . Huhuhuh . Kalau nak ambil asing pon.. harga still sama jugak kalau ditambahkan kan . Yuran boleh bayar separuh-separuh . Bayar dekat ejen . First payment aku bayar RM 600 waktu first kelas KPP01

Step 4 : Pendaftaran 

Kat kaunter just cop jari dan dapat buku memandu . Before that ejen akan mintak salinan fotostat ic 3 keping . Bawak la time tu just bagi kat dia . Buku ni kena bawak setiap kali kelas .






Step 5 : Kelas KPP 01 

Kelas ni korang kena bertahan selama 6 jam . Motor dan kereta lain-lain . Total jadi 12 jam . Mahu kematu bontot 😑😑 . Tapi relaks takdelah seharian . 2 hari jugakla . Dalam KPP01 ni korang akan belajar tentang undang-undang dalam pelbagai situasi di jalan raya dan kepentingan tanda isyarat lalu lintas daripada penceramah . Papan tanda semua tu ada la . Ada 2 sesi . Pagi dan petang . Jadi rehat dalam pukul 12-1 lebih camtu . Boleh solat di surau yang disediakan . Dalam kawasan imkeda jugak . Cuma makan korang kena keluar lintas jalan . Bersusun gerai kat situ . 

Step 6 : Ujian Komputer 

Dah selesai KPP01 korang kena ambil ujian komputer . Ha time nilah ramai yang akan gagal . Bak kata penceramah . Dia cakap bukan aku cakap . Yang gagal tu senang je teori aku.. aku anggap dorang tak study , tak buat latihan dan khatam satu buku . Aku tak paham kenapa nak kena khatam satu buku sebab kau baru masuk kelas KPP01 .. bukan KPP02 dan seterusnya lagi . Aduhai . Meh aku bagi tips sikit . Untuk ujian komputer korang just baca

 1) baca KPP01 sahaja ada tulis kat tepi  *warna pink 
2) buat latihan dalam buku * beli dekat kaunter RM10


3) buat latihan dekat sini

👇👇👇👇👇👇👇👇👇

Sangat membantu . Soalan just ulang-ulang je . Yang penting kena study.. just acah-acah terer sangat n over confident . Before pergi test komputer korang kena book 3 hari sebelum melalui kt kaunter atau kat ejen . Dah study boleh ambil test dekat MYEG kat Danau Kota .Time ni jugak aku bayar lagi RM 500 dan gambar lesen kena bagi kat ejen . Alhamdulillah aku lulus .. 64/70 ..markah lulus 59/70 .

Step 7 : Proses pengeluaran lesen L 

Aku tak berapa pasti lesen L keluar berapa lama . Sebab aku punya pon tak dapat lagi 😂😂

Step 8 : KPP02 - kereta 

wokayy..KPP02 pulak .. first akan belajar RPK dan RSM which is Rutin Pemeriksaan Kenderaan dan Rutin Sebelum Memandu . Boleh belek buku ye . Banyak sangat yang perlu tahu 😅
Dekat KPP02 nilah korang dah boleh bawa kereta dan motor tapi dilitar je la . Aku belum lagi . Baru habis RPK dan RSM .

Jadi sampailah sini je lah . Tunggu next entry ~~










9 comments

Post a Comment