Sunday, 17 February 2019

Giveaway Cash Blogger Malaysia

Hello Blogger Malaysia!

Elih dengan kerjasama blogger Cik Akak nak berkongsi sedikit rezeki dalam Giveaway Cash Blogger Malaysia bermula pada 13 Febuari 2019 (Rabu) sehingga berakhir pada 27 Febuari 2019 (Rabu) jam11:59 malam.

Giveaway ini akan berlangsung selama 2 minggu sahaja, bloggers sekalian perlu cepat kalau tak nak terlepas peluang memenangi hadiah bertuah giveaway ini. "Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu"!



Syarat Penyertaan Giveaway & Hadiah Giveaway boleh semak di Blog Elih Japahar atau klik banner diatas.

Marilah join beramai-ramai. Giveaway ini dianjurkan oleh www.elihjapahar.net [ Elih Japahar ] dengan kerjasama www.sweetyzhanieyz83.blogspot.com [ Cik Akak ]

** support giveaway ini ya, thanks!


Tuesday, 12 February 2019

2019

Assalamualaikum...

Dah berhabuk betul blog aku ni ha.. lama tak mengupdate. Dah masuk tahun baru 2019 pon tak sempat nak update. Maklumla, new year tahun ni aku dalam waktu study week..jadi busy la sikit ye semua...Actually first time aku sambut new year dekat Pilah .. so aku taktahu suasana dia macam mana..Aku sedih sebab tiada bunga api ye kengkawan .. dulu duduk KL dari rumah nampak KLCC .. nampak jelas bunga api ... duduk Pilah sunyi je ... Allahu sedihnyaa bila dikenang.... Tapi takpa malam new year aku sambut la dengan kawan-kawan aku...tengok movie hantu dekat anjung ..Kira okay la tu kan..plus murung dengan final lagi uiwww....

Alhamdulillah aku dapat jawab final dengan tenang dan aku happy gila bila dah habis sem 3 ni.. walaupun pelbagai kisah suka dan duka oppss . Sem ni banyak gila benda berlaku and semua yang terjadi mengajar aku pasal kehidupan yang penuh fana ini. Plus, sekejap je nak masuk sem 4 pulak nanti hujung Februari ni. Aku rasa macam semalam je baru daftar pastu mds huhuhuhuhu. Tapi tula every sem break aku tak buat apa-apa. Duduk ruamh, makan, jalan-jalan tu je la aktivi aku..Aku duduk Kedah takda kawan langsung... itu yang sedih jugakla sebab semua kawan aku kat KL.. berhuhu jugak la aku.

Itu je la aku nak update .. cuti aku berbaki 2 minggu je lagi. Jadi, aku tengah mengisi waktu lapang yang ada ni nak update blog selali.. Insyaallah. Next entry aku akan post gambar-gambar waktu sem 3 yer.. buat kenangan gitu.. nanti dah habis belajar aku boleh tengok balik .. Okie bye!