Wednesday 16 August 2017

Cendol Durian Shah Alam

Dulu-dulu ingat lagi pernah merasa cendol ais di sagat guna papan. Korang pernah makan tak style tu? Kalau pernah yeay kita geng kalau tak kau pergi sana cari. Kalau dekat area rumah aku dekat Setapak ada gerai cendol ataupun dekat Sri Rampai business park ada Wahab Cendol. Sekarang dekat Shah Alam dah ada cendol jugak. Semua jenis bahan boleh tambah ikut suka hati plus lagi sedap dengan lemak santan dia perghh.... Yang menyebabkan medan selera ni viral adalah dengan adanya kemunculan Durian di atas semangkuk cendol. Perghh kemain.

Aku first time datang medan selera ni. Untuk pengetahuan korang medan selera ni terletak di Seksyen 24 Shah Alam. Akak-akak, abang-abang boleh waze eh. Saat aku melangkah tu wow ada satu barisan yang panjang tapi aku tak tahu kedai apa. Usha punya usha ohh kedai cendol. Memang pergi situ nak makan cendol pon. Aku pun beratur la panjang kemain. Makanan lain ada je. Antaranya adalah tauhu goreng, rojak, makanan panas, uncle bob dan lain-lain. Tapi yang paling femes ...kedai cendol tu lah. Dalam 15 minit jugakla aku beratur.



panjang kemain *Dek lek ah jangan usha akak macam tu


cendol pulut pink terbaikkk!! Memang sedap! Pulut dia perghh  memang superb plus jagung extra. Aku nampak dia letak satu sudu. Memang sangat pemurah. Harga semangkuk RM 5

Rate : 5/5 



Ni ha yang viral tu Cendol durian. Rasa dia sudah pasti rasa durian. Bagi penggemar durian macam aku..Mesti kena cuba... rasa dia not bad memang sedap ada durian tapi hilang rasa cendol.  Bagi aku beshe-beshe je plus harga pon boleh tahan sebab ikut gred. Yang ni kau tak tahu gred berapa tapi semangkuk RM 20 +

Rate : 4/5


Yang ni macam pasembur tapi bukan. Boleh pilih fishball, macam0macam lagilah pastu dia salut tepung. Tak sedap sangat.. beshe-beshe je.




Makan dengan kuah kacang. Agak aneh tapi boleh la. Harga aku tak ingat berapa.

Rate 3/5 

Itu je makanan yang aku try. Kalau korang nak cuba yang lain boleh pergi sendiri eh. Yang penting cendol mesti kena cuba okay!






Monday 7 August 2017

I'm an Uni student - part 2

Whatdupp. Siapa tak baca part 1 lagi sila tekan 👉👉👉 SINI

Free time selalunya petang aku akan jogging dengan housemates ataupun workout dekat sport centre. Hirup la sikit udara dekat Beting,Kuala Pilah ni sambil-sambil cuti mata. Eh?? #bersangkabaik
Weekend pula samalah jogging ataupun daki bukit. Kita orang sini ada bukit tau. Boleh nampak dari bilik. Tapi dengar cerita ada something ah dekat situ but buat don't know la je en. Kalau pikir dia kacau.. Jadi kita just naik pastu turun dengan hati gembira. Bestt boleh nampak sekitar kolej and kampung-kampung.

Meh aku payung gambar 👇👇

























Friday 4 August 2017

I'm an Uni student - part 1


Finally.....interim done. Yass aku akan cuti selama 1 bulan sebelum masuk sem 1. Sedih dan gembira bukan? Hanya di UiTM sahaja. Quite nervous bila dipikirkan bulan 9 nanti but sebelum tu just enjoy-enjoy la cuti ni .. ye idokk 
.
.
Payung sikit  


I'm officially an university student. Rasa macam mimpi je. Tapi itulah kenyataannya. Matlamat aku mungkin kurang jelas tapi perjalanan hidup dah bermula fasa baru. Not as school anymore. That's the best thing. Kita sendiri lah kena explore kat tempat orang....dapat kawan baru..belajar benda baru semuanya baru ah bagi aku. At first masuk tak da la terkejut beruk an so on. Disebabkan my sister budak UiTM jugak, aku tahulah jugak sikit dengar dia cerita dan senang nak tanya kalau tak paham gitu. 

Pernah dengar tak orang cakap budak diploma ni hidup dia senang lenang and belajar tak stress. Mak cik dia tak strees. Walaupun kita orang baru interim, tak masuk sem 1 lagi..kehidupan sangatlah stress. Memang la just belajar ELC121,CTU101 and ued..tapi kerja dia masyaallah. Paling stress ctu. Dengan assignment buat dekat pi (pusat islam) sampai 1 pagi pastu pb halau. well first time buat...memang kelam kabut. Lagi apa edit video untuk assignment ued. Itu stress tahap 5 kau tahu. Dengan HBU lagi nasib lah aku ni ambik PBSM, tak ada la nak rush sangat habis kelas pukul 4 nak belari pergi padang kawad pukul 5. Penat gila.

Memang penat la kalau difikirkan balik tapi overall memang best. Classmates aku memang debomm plus lectures best. Sir Shashi,Ustz.Hidayah,Ustz.Rafidah dan Madam Zaubidah. One more thing our bk sejuk gila. Tak payah nak pergi Cameron nak fefeling sejuk. Duduk bk je sejuk tahap gaban. Lagi satu life kita orang just pack dengan benda macam tu la. Setiap hari kelas 2 jam or 4 jam je . Tak ada la penat sangat. Untuk interim sahaja! Bulan 9 ni no more *sad The real start la ..ohmy

Tak dilupakan my housemate and roomate. Iera(roomie), Iffah, Intan, Amira, Ainun. Sekarang tinggal 4 je sebab Mira dengan Ainun keluar. Sorang ipg sorang lagi f6. So sad. Walaupon semua datang dari negeri lain-lain kita orang memang kamcing ah. Favoutite spot yg selalu lepak always my room andddd Iffah's room. Why? Sebab bilik dia wifi laju gila and dekat nak pergi sebab bilik dia depan aku je. Dekat ruang tamu dapat line tapi macam tak best lepak. Lepak katil orang best gitu...

Bersambung....